Kabin bertekanan

Kabin bertekanan [1] inggeris: (Cabin pressurization) digunakan dalam penerbangan altitud tinggi melebihi 8,000 kaki dari paras laut untuk mengimbangkan tekanan udara di dalam kabin pesawat untuk keselesaan penumpang dan krew. Tekanan udara dihasilkan oleh enjin pesawat ataupun unit kuasa bantu ( auxiliary power unit - APU) disalurkan ke dalam kabin bagi mengimbangi tekanan dalam kabin. Ianya amat diperlukan apabila penerbangan mencecah 10,000 kaki dari paras laut dan memerlukan lebih banyak tekanan kabin apabila mencapai aras penerbangan (Flight Level) yang lebih tinggi.

Apabila pesawat kehilangan tekanan samada kebocoran saluran tekanan atau kabin, pesawat akan diturunkan dari aras penerbangan oleh jureterbang ke ketinggian yang selamat iaitu 10,000 kaki ke bawah bergantung keadaan bentuk muka bumi. Kehilangan tekanan kabin akan menyebabkan kabin pesawat dalam berkeadaan tekanan udara yang rendah. Tekanan udara rendah menyebabkan krew dan penumpang akan mengalami:

  • Hipoksia (perubatan) - Kandungan atau tegangan oksigen yang rendah di dalam tisu tubuh.
  • mabuk altitud - pening, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran, hilang akal, khayal apabila di aras penerbangan.
  • penyakit dekompresi - Gangguan yang dicirikan oleh sakit sendi, lesi kulit,kesukaran bernafas, dan tanda-tanda neurologik, yang dialami oleh juruterbang pada altitud yang tinggi, atau oleh mereka yang bernafas dengan udara termampat.
  • Barotrauma - Gangguan fungsi akibat perbezaan tekanan barometri pada dua permukaan organ.

Tekanan udara juga diperlukan di ruang kargo dalam pesawat untuk haiwan dan mencegah barang yang sensitif terhadap tekanan rendah yang mengakibatkan barangan itu hancur , pecah atau bocor kerana berlaku perbezaan tekanan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search